Kehidupan asrama
Rehlah dan kemahiran kendiri di Cameron Highlands
Asrama Darussalam
Rehlah Usrah pelajar-pelajar perempuan yang tidak pulang dan tinggal d asrama. Kami cuba selitkan aktiviti kendiri seperti memasang khemah dan mengemas kan semula khemah.
Aktiviti ini di laksanakan di tanah rata Cameron Highlands, Pahang.
Alhamdulillah kami mula perjalanan jam 11 malam dan sampai jam lebih kurang 1.30 pagi..
Seusai sampai d Masjid Abu Bakar, anak2 memasang khemah sendiri, memasak dan sambil kita mulakan usrah dengan mentadabbur Surah Al A'raf ayat 80-84.
Rentetan dari itu kita selitkan mereka tentang ilmu alam, soal kebersihan diri serta asrama tempat tinggal mereka. Selain itu sesi curahan hati jua di jentik utk bantu pulih kan jiwa mereka dengan berqiamulai jam 4 pagi.
Kedamaian pagi di bumi Cameron mereka solat beratapkan langit langsung terus sujud pada ilahi.
Sementara menanti subuh jam 5 bangun mandi dan solat subuh berjemaah. Berangkat pulang setelah solat subuh dan Alhamdulillah selamat sampai di teratak Asrama Darussalam.
Moga Allah jaga mereka semua anak2 Darussalam ini di dunia dan akhirat dari sebarang fitnah, maksiat dan umpatan orang.
Doakan kami terus istiqomah bantu mereka walaupun pelbagai ujian dan rintangan kami hadapi. Ameen.