Kehidupan asrama
Mengisi cuti sekolah dengan pengalaman baharu
Asrama Darussalam
Alhamdulillah. Setiap kali cuti persekolahan anak2 ini sudah menjadi satu aktiviti wajib bagi pihak pengurusan utk bawa mereka yg tidak pulang ke kampung atau rumah bersiar2 dan bercuti.
Kali ini kami bawa anak2 ini mengikut kadar bajet kemampuan bercuti di lumut selama 3 hari 2 malam. Sekurang - kurangnya anak2 ini dapat juga bercuti seperti keluarga yg lain di tempat peranginan teluk baik, teluk senangin d tepi pantai yg penuh alami.
Di sebelah malam pula Cikgu Musa menyediakan menu BBQ hasil tangkapan laut oleh para nelayan sekitar kawasan pantai seperti udang, ketam, kupang, kerang
Anak2 juga dapat merasa naiki banana boat serta bot kecil bersiar2.
Terima kasih pada Ibu Rohaniah Razali serta semua yang terlibat meluangkan masa saban tahun menyantuni Anak2 Darussalam.
Moga Allah berkati dan rahmati kita semua dan berkumpul kita semua di Jannatul Firdaus. Ameen.