Perayaan
Sumbangan pakaian raya untuk anak-anak
Asrama Darussalam
Alhamdulillah syukur dan jutaan terima kasih kepada Tuan Khusyairi serta keluarga yang saban tahun tidak lupa menyumbang kan baju raya buat anak2 Darussalam.
Anak2 sangat gembira dan sememang nya menanti-nantikan baju raya jakel. Kami mendoakan agar Tuan sentiasa di rahmati dan d berkati oleh Allah swt.
Bulan Ramadhan yang mulia ini Tuan telah membuat anak2 Darussalam mengukir senyuman dalam suasana kehidupan mereka yang penuh pancaroba.
Moga silaturahim ini terus kekal ke jannah dan Arwah Cikgu Rohani mendapat ganjaran pahala yg terus mengalir di alam sana.
Jazakallahu hairan khotiro'.