Pendidikan
Sokongan masyarakat untuk persediaan persekolahan
Asrama Darussalam
Alhamdulillah syukur kepada ilahi atas segala nikmat pemberiannya yang telah membuka pintu hati para penyumbang yang terdiri dari masyarakat luar, orang ramai, rakan2, pihak syarikat dan agensi kerajaan membantu kami dalam menyediakan keperluan sekolah, buku2, peralatan sekolah hingga mereka dapat bersekolah dengan pakaian yg kemas dan sempurna.
Di situasi yang mencabar ini Allah telah menghantar pada kami orang2 yang baik agar kebajikan anak2 ini dari segi keperluan asas makanan, pendidikan dan tempat tinggal yg layak sempurna nya untuk kebelangsungan hidup anak2 di sini.
Yakin lah dengan doa anak2 yatim ini InsyaAllah segala perkara sulit Allah akan permudahkan dengan syarat niat kita ikhlas dan jujur.
Moga Allah sentiasa memberkati kita semua serta mohon doa semua agar kami dapat menenpuh kehidupan di dunia ini dengan penuh kesabaran dan keimanan yg kukuh. Ameen