Perayaan
Rendang, lemang dan suasana sebuah keluarga
Asrama Darussalam
Aktiviti di malam raya.. Ibu Roha, Cikgu Musa bersama anak2 memasak rendang ayam dan daging serta bakar lemang jagung saban tahun bagi meraikan anak2 yg tidak pulang beraya.
Boleh di anggarkan seramai 15 orang anak2 yg tiada tempat tinggal dan beraya bersama kami.
Moga mereka ini terus tabah menghadapi liku2 hidup ni seusia yg masih kecil. Kami pihak pengurusan memberi sedaya yg mampu supaya mereka tidak terasing dan sama2 meraikan lebaran yg indah ini.
Moga kami semua di anugerah kan oleh ilahi utk sama2 jua berkumpul di jannah kelak.
Amin..
Sayangi anak2 yatim, layani mereka dengan hikmah dan akhlak adab yg baik. Wallahu alam.