Alhamdulillah.. Program iftar bersama pihak AgroBank Perak bersama2 anak2 Darussalam dengan kehadiran seramai 80 kakitangan dan pengurusan pihak AgroBank.
Alhamdulillah dan syukur telah memilih Darussalam utk majlis iftar bagi tahun ini.
Program bermula dgn berbuka puasa bersama anak2 Darussalam, sumbangan duit raya, solat maghrib, persembahan qasidah dari anak2 Darussalam sebagai halwa telinga bg tetamu yg hadir. Selesai persembahan di susuli solat isyak, solat tarawih, Al mulk dan minum ringan yg di sediakan.
Menu wajib yg di sediakan oleh Cikgu Musa kambing golek, kari kambing, sambal udang, sambal sotong, sayuran, suun masak lemak, ikan goreng, buah buahan serta air koktail 3 benua serta air lemon. Alhamdulillah terima kasih cikgu musa dan anak2 yg bertungkus lumus di dapur. Moga Allah beri ganjaran pahala menyediakan makanan iftar ini.
Alhamdulillah dan terima kasih pd pihak AgroBank terutamanya En Shahrul dan team serta semua yg terlibat dlm majlis iftar ini. Moga Allah berkati dan rahmati kita semua.