Alhamdulillah.. Penghargaan terima kasih pada para pelajar UTP yang menjalankan program khidmat masyarakat mereka di Asrama Darussalam dengan seramai 20 orang pelajar beserta seorang pensyarah pengiring.
Terima kasih kepada Pengarah Program Rafiq Danish dan team atas segala penat lelah, wang ringgit dan sumbangan tenaga, idea bagi memperkemaskan mini library buat pelajar2 Darussalam. Susun atur yang menarik dan ruang belajar yang kondusif memberi lebih semangat pada adik2 Darussalam untuk berminat dengan pelajaran. Kita boleh lihat perbezaan susun atur sebelum dan selepas mini library ini di renovasikan dengan lebih menarik.
Moga segala usaha murni dan baik ini mendapat ganjaran pahala dan sama2 kita berkumpul pula di syurga Allah nya nanti. Insya Allah. Di doakan juga semua yg terlibat berjaya dalam bidang di ceburi dan berbakti semula pada masyarakat. Semua yang terlibat dalam program ini dipermudahkan urusan dan mendapat redha Allah swt. Ameen