Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah swt ibadah korban dapat di lakukan dengan kerjasama dari pihak TUDM seramai 40 anggota rekrut dan 9 pelajar UniKL turut hadir membantu dan meraikan dengan jumlah 11 ekor lembu dan 4 ekor kambing. Alhamdulillah dengan kehadiran YDP Ayah Azizul sepanjang ibadah korban berlangsung menyemarakkan lagi semangat para Sukarelawan bagi Tahun 2025 serta tanggungjawab ini digalas oleh En Safwan dan team nya dalam merencana dan menyediakan perkara yg perlu utk kelancaran ibadah korban kali ini.
Manakala, syukur dan jutaan terima kasih jua pada Cikgu Musa dan team nya dlm menyediakan menu masakan yang enak utk para tetamu dan peserta yg hadir. Sup gear box Mantop! Kurma Kambing, Gulai daging terbaik.
Terima kasih jua pada Ibu Rohaniah serta Makyg yang jauh di Mina dan wukuf d Arafah mendoakan kelancaran majlis. Walaupun ibu rohaniah jauh di batasi lautan luas dan daratan ribuan kilometer namun beliau tetap terus beri arahan dan tunjuk ajar kami d sini. Barakallahufiq'.
Terima kasih pada semua dan moga silaturahim ini terus terjalin hingga ke syurga. Moga kita semua dpt sama2 berkumpul d syurga bersama2 anak2 yatim ini dlm menyantuni mereka serta memberi mereka sama jua perasaan utk menyertai mengembleng tenaga dlm ibadah korban kali ini.
Segala salah silap dan kekurangan sepanjang program berlangsung bermula dari jam 7.00 pagi hingga 3. 00 ptg kami mohon maaf dan hanya Allah shj yg dpt membalas jasa baik dan semua yg turut sama ikhlas membantu. Jazakalluhairon kathiro'.