Pendidikan
Kelas komputer selepas solat tarawih
Asrama Darussalam
Alhamdulillah. Pembelajaran kelas komputer di jalan kan setelah selesai solat tarawih. Terima kasih kepada team Cikgu Bad, Aqil, Adam, Is dan Udeen (Alumni Darussalam) sama2 membantu memberi ilmu pada Anak2 Darussalam
Ilmu dan Adab wajib lah selari. Jika hebat dari segi ilmu setinggi gunung pun ia tetap tidak boleh mengalahkan keterampilan dan adab sopan.
Akhlak mulia, menghormati orang tua, menghormati guru yg sedang mengajar adalah ciri2 orang2 yg baik dan beriman.
Contohi akhlak Rasulullah, InsyaAllah kita tidak akan tersasar dlm mendidik pd anak2 ini.
Lihatlah pd akhlak Rasulullah tika mana seorang badwi mengotori masjid dgn najis nya. Tiada tengkingan, tiada sumpah seranah, tiada kekasaran, malah Rasulullah melayani dan menyantuni badwi tersebut dgn baik. Hingga akhirnya badwi tersebut masuk Islam.
Indah kan akhlak Rasulullah! Subahanallah.
Moga kita sama2 terus istiqomah, sabar, beradab serta berbuat baik pd anak2 syurga ini.
Alhamdulillah semua yg terlibat dlm sama2 membantu anak2 Darussalam.
Moga Allah berkati dan rahmati kita semua dan sama2 kita berkumpul d jannatul firdaus.