Perayaan
Bergotong-royong menyediakan juadah malam raya
Asrama Darussalam
Alhamdulillah.. Mlm Raya Aidilfitri anak2 di rasakan seperti keluarga normal yg lain. Pihak pengurusan bersama2 dgn Anak2 Darussalam membakar lemang, memasak rendang ayam, rendang tok dgn Cikgu Musa, Mak Wan, Ibu Roha, Ayah Azizul serta anggota keluarga yg besar ini bagi memastikan anak2 ini jiwa dan perasaan nya turut bergembira dan roh keberadaan mereka di atas muka bumi ini amat di hargai.
Mereka seperti kanak2 yg lain merasai kegembiraan takbir raya, bermain bunga api dan riang dengan kunjungan dari tetamu Dato Lat serta sahabat2 beliau.
Moga suasana meriah begini akan terus menyemarakkan kegembiraan anak2 dan membuang kisah duka perit yg di alami anak2 sebelum mereka di tempatkan d Asrama Darussalam.
Moga Allah berkati dan rahmati kita semua. Aminn