Alhamdulillah..seorang Alumni Darussalam yg dulu nya di bawah jagaan kami kini telah berjaya dan meraikan ibu roha, ayah azizul serta adik2 Darussalam generasi kini dengan menjamu kami beraneka juadah untuk iftar.
Beliau adalah Jalaluddin yg sentiasa menjalinkan silaturahim dengan pihak Darussalam ibarat sebuah keluarga yg menziarahi ibu dan ayah di Darussalam ini.
Ibu roha dan ayah azizul sangat terharu dan bersyukur kerana anak2 yg dulu nya di bawah jagaan mereka telah menabur bakti semula pd adik2 di sini. Beliau kini telah menjadi usahawan berjaya dengan perniagaan hasil titik peluh beliau sendiri dan rakan2. Moga beliau terus berjaya dan berdaya saing.
Alhamdulillah dan bersyukur kami dpt menikmati makanan yg enak dan lazat yg di sponsor oleh Jalalludin dan rakan2.
Moga Allah berkati dan rahmati serta murah kan rezeki Jalalluddin sekeluarga. Moga silaturahim ini telah berkekalan hingga ke syurga kita berkumpul semula.

Alhamdulillah dan jutaan terima kasih..