Komuniti
Alumni Darussalam melangkah dengan usaha sendiri
Asrama Darussalam
Alhamdulillah.. Seorang lagi Alumni Darussalam Cik Maisarah Othman dengan izin Allah swt telah sama2 dpt mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama beliau di bawah bimbingan ibu Roha dan Ayah Azizul.. Walaupun sekian lama tidak bersua namun atas dasar ukhwah dan silaturahim yg terbina tika beliau seusia kanak2 kecil hingga kini telah berdikari dan berusaha dgn hasil titik peluh sendiri bersama dgn ibu ayah, cikgu musa, mak wan, makyg, opah dan mcik mengerjakan ibadah umrah tahun 2024.
Semua ini perancangan dari Allah swt. Moga Allah berkati dan rahmati Maisarah bekas pelajar Darussalam yg istiqomah belajar dan berusaha keras gigih utk maju kan diri hingga mampu mencapai hajat beliau.
Moga Allah temukan kita dan satu kan kita semula sebagai sebuah keluarga besar Darussalam di Jannatul Fridaus.. Insya Allah.. Allahuma Ya Amin.